Latar Belakang
Sistem Pengurusan Perikanan Bersepadu Berasaskan Teknologi Angkasa atau MyDOFGiS merupakan satu sistem WebGIS yang menyediakan satu pangkalan data geospatial bersepadu untuk maklumat-maklumat berkaitan sektor perikanan dan akuakultur di Malaysia termasuk pengurusan sumber perikanan dan keterjaminan makanan di negara kita. MyDOFGiS yang meliputi zon perikanan darat, pesisir pantai dan marin ini bertujuan memudah dan memperkasakan perancangan, pengurusan serta pemantauan aktiviti sektor perikanan termasuk konservasi dan perlindungn perikanan yang amat signifikan untuk kepentingan rakyat dan ekonomi negara. Selain dari sasaran keberhasilan sektor perikanan, sistem aplikasi yang dibangunkan ini bertujuan membantu dalam meningkatkan pemuliharaan sumber perikanan seperti pemantauan kawasan perlindungan marin dan pemantauan zon tangkapan perikanan selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan kelestarian alam sekitar.
MyDOFGiS merangkui 2 komponen utama iaitu :
- i. Perancangan, pengurusan dan pemantauan sektor perikanan, akuakultur; dan konservasi serta perlindungan perikanan; dan
- ii. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) seperti kajian harmful algal bloom (HABs), kesesuaian habitat kerangan, pemetaan habitat terumbu karang dan lain-lain kajian yang bersesuaian dari semasa ke semasa.
Pembangunan Sistem MyDOFGiS yang melibatkan kepakaran, fasiliti dan infrastuktur sedia ada di kedua-dua agensi berupaya menjimatkan perbelanjaan negara melalui pendigitalan perkhidmatan, pengurusan serta pemantauan sektor perikanan yang lebih berkesan oleh pihak DOF. Kepakaran dan kemahiran tenaga kerja bagi kedua-dua agensi juga dapat dipertingkat bagi menjamin kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara.
Melalui kerjasama ini, data-data remote sensing yang diterima di Kompleks Operasi Angkasa MYSA di Temerloh Pahang dapat digunapakai secara optimum bagi membantu DOF dalam pengurusan, pemantauan dan pengoperasian dengan lebih berkesan.
Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat meningkatkan kaedah menangani isu keterjaminan makanan dan pengurusan sumber perikanan serta menjadi pemangkin kepada kegunaan teknologi angkasa dan teknologi berkaitan dalam sektor perikanan. MyDOFGiS berupaya menjadi satu inisiatif yang bukan sahaja dapat memperkemas dan memperluas projek, malahan boleh menjadi kayu pengukur prestasi agensi serta jalinan penghubungan yang lebih erat antara keduanya dalam menterjemah dasar semasa kerajaan seperti Dasar Angkasa Negara 2030 dan Dasar Agro Makanan 2.0, 2021 – 2030.
LOG MASUK
AKTIVITI
- All
- Kerja Lapangan
- Bengkel
- Lawatan Kerja
- Memeterai Nota Kerjasama
- Mesyuarat
- Penerbitan
- Promosi & Anugerah
MEMETERAI NOTA KERJASAMA
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah diadakan pada 27 November 2018 bertempat di Tapak Ekspo MAHA, Serdang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perikanan iaitu YBhg. Dato' Hj. Munir Bin Hj. Mohd. Nawi dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia iaitu YBrs. Tn. Hj Azlikamil Bin Napiah. Rombongan dari MYSA juga dibawa melawat ke pameran MAHA di Laman DOF

BENGKEL
Demo & TOT Peralatan GPS - Dua orang Pegawai Juruukur MYSA telah memberikan demonstrasi dan taklimat penggunaan peralatan GPS kepada Pegawai DOF di MYSA pada 26 Jun 2019. Ia berfungsi untuk persediaan kerja lapangan di kawasan perintis projek buat pertama kalinya iaitu di Layang Layang Johor pada 9 - 11 Julai 2018.

HUBUNGI KAMI
Alamat:
AGENSI ANGKASA MALAYSIA
No. 13,
Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR
Emel:
mysa_hq@mysa.gov.my
No. Tel:
03-2697 3400
Alamat:
JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
Wisma Tani, Aras 1-6,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA
Emel:
pro@dof.gov.my
No. Tel:
03-8889 2460